CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

Peluang Pekerjaan dan Potensi Perniagaan Masa Depan

Assalamualaikum,

Kepada semua ex-student kolej yang masih lagi tidak berkerja, yang memiliki diploma atau ijazah boleh menghubungi saya kadar segera kerana terdapat peluang yang disediakan untuk bumiputra terutama islam, Satu badan kerajaan iaitu Uitm bersama Jabatan Perdana Menteri dan beberapa kementerian telah mewujudkan satu program Tunas Mekar, yang mana mereka yang menganggur tapi miliki diploma dan keatas dibayar RM800.00 sebulan selama setahun dan selepas setahun diberikan peruntukan atau pinjaman untuk menjalankan perniagaan
Untuk maklumat, selama setahun bekas graduan ini akan ditempatkan ke syarikat-syarikat perniagaan besar disekitar bandar yang mereka tinggal , Tujuan mereka adalah mempelajari tentang perniagaan dan belajar selok belok perniagaan selepas setahun bekas graduan ini akan diberi modal untuk menjalankan perniagaan tersebut .
segala maklumat boleh dijelaskan secara detail sekira berminat.

Monday, May 25, 2009

Ini lah buah hati saya...!!! Ardiana Batisyia



































SAYANGI LAH MAK...!!!!!!!

MAK.......

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
****Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA,

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..

****Renungkan Pergorbanan MAK ,terlalu sedih untuk diungkapkan segala jasa dan pergorbanan kepada kita, yang masih ada MAK sayangi lah sepenuh hati tapi yang tiada MAK lagi sedekalah AL-Fatihah dan bacaan Yassin kepada nya semoga roh di cucuri Rahmat****

Kisah Kawan kita di Malam Pertama( Musim Kawin-cuti sekolah)

Malam Pertama..Sempena musim kawin..kekekkeke...
Lesson: Bukak sume hadiah b4masuk tido...kekeke..
Malam Pertama..
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampungdisini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suarasumbang terlalu banyak yang menegurku."Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu."Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu."sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.
Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkanpukul 11.00 malam.Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu kututup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arahisteriku."Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu."Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan diluar gelap gelita dan senyap sunyi.
Tanda sanak saudarakutelah pulang dan keluargaku telah tidur.Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!"ke telinganya untuk menguji isteriku."Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabkusebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi,
namun..."Kringggggg....""Tik..tik..tik..tik...""Kring.. kring..kring.."Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku.Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membukalampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang dirumahku.Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah kesekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka denganpantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Jugasekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Ikhlas dari : Class of 92/93, SMKAS.Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.TAMAT
****Andai hidup punca perpisahan,biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati punca perpisahan,biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Thursday, May 14, 2009

Dimana kah anda wahai EX student Kolej????

Salam,

Kepada semua ex-pelajar yang pernah saya ajar, saya byk terima sms dan call dari dari ex-student tp mugkin terlalu lama tak berjumpa menyebab saya tidak cam pelajar semua ini, diruang ini saya sediakan pada ex-student atau student yang abis telah abis belajar kolej atau abis belanjar CSC 1012 boleh memberi apa-apa maklumat perkembangan tentang diri anda(bergambar kenangan) atau komen-komen , saya akan slalu memberi kerjsama atau update blog ini

daripada :

Yuseni binHj Ab Wahab