Thursday, September 17, 2009
SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR & BATIN
Posted by Yuseni bin Hj Ab Wahab at 5:09 PM
Monday, September 14, 2009
HANYA KERAK NASIK UNTUK IBU
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu , "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati. "oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .... Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'. ' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku...bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.. YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN
Posted by Yuseni bin Hj Ab Wahab at 9:20 AM
Friday, September 11, 2009
Maklumat Penting !!!!!
Yuseni Hj Wahab
Posted by Yuseni bin Hj Ab Wahab at 5:26 AM
Wednesday, September 2, 2009
Assignment Berkumpulan - Student CSC 1012
Posted by Yuseni bin Hj Ab Wahab at 7:04 AM
Friday, July 31, 2009
Peluang Pekerjaan - (Urgent)
Salam Kepada semua pengunjung blog ini, terdapat 2 kekosongan jawatan untuk Amero Holding Insitute di Masjid Tanah , Memerlukan 2 tenaga pengajar untuk mengajar Aplikasi komputer dan Teknikal Komputer, Pada mereka berminat yang mempunyai sekurang diploma dan mempunyai pengetahuan Komputer boleh menghubungi saya atau terus ke pejabat syarikat tersebut. Harap Maklum
Posted by Yuseni bin Hj Ab Wahab at 10:15 PM
Saturday, July 18, 2009
Welcome to all student CSC 1012
Assalamualikum, Saya nak mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar CSC 1012 di Akademi Pengajian Islam (API) , saya mengharap kerjasama kepada semua pelajar supaya menerima arahan dengan baik terutama pada asignment dan pembelajaran kerana masa saya terlalu sibuk di KUIM dengan mesyuarat IT , mesyuarat KUIM , Mesyuarat Konvokesyen dan pelbagai lagi.
Kalau ada sebarang masalah, sila buat temu janji dengan saya sms, email atau telefon sebab kadang -kadang saya terpaksa susun masa terbaik untuk berjumpa dengan pelajar , harapan saya juga kepada Monitar Kelas supaya dapat membantu saya terutama pada urusan kelas contohnya seperti tempahan makmal , LCD projektor, Laptop dan sebagainya
Dengan ini saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua student CSC pada Julai 2009
sekian , terima kasih
Posted by Yuseni bin Hj Ab Wahab at 1:22 AM
Friday, May 29, 2009
Peluang Pekerjaan dan Potensi Perniagaan Masa Depan
Assalamualaikum,
Posted by Yuseni bin Hj Ab Wahab at 12:10 AM