CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamuaikum kepada semua pelajar , di hari yang mulia ini saya dan keluarga ingin mengucap Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin sekira sepanjang pembelajaran semasa kelas ada yang tersinggung perasaaan , kecik hati dan sebagainya saya pohan kemaafan sempena hari lebaran ini .
Lagu Raya yang menyentuh perasaan saya apabila dengar lagu "Ku pohom restui ayah dan bonda " ia menceritakan betapa penting kedua-dua ibubapa disaat menyambut hari -raya, Bila hari raya sudah tentu pagi raya kita akan mencari ibubapa untuk memohon kemaafan tapi sekira ketiadaan mereka hari raya seakan tidak bereeri lagi, Penting ibubapa di hariraya .. hargai lah mereka sekira ibubapa masih ada tp yang tiada lagi mari ke pusara ibubapa doakan kesejatrannya disisi Allah .
Walaubagaimana pun, Saya mengharap semua pelajar dapat selamat sampai ke destinasi berhari raya dan juga selamat sampai ke KUIM bila habis berhari raya . Kemalangan jalan raya masa hari raya ini semakin meningkat yang menyebabkan hari raya menjadi hari kecelakaan yang menimpa umat islam , Meraka yang membonceng motor dan drive kereta boleh berhati-hati djalan raya .
Saya turut menjemput para pelajar sekiranya ada kelapangan masa boleh datang berhari raya di rumah saya di Kg Lubuk Redan , klu boleh memaklum awal kedatangan pelajar sebab takut saya tiada di rumah beraya di luar melaka.
Saya turut ingin meningatkan bahawa raya jangan lupa belajar dan assignment perlu juga di sempurnankan dan dihantar mengikut dateline yang telah ditetap dan tentukan kerana ia melibatkan markah dan masa depan pelajar semua ,
Sekian ,
Iklas dari
Yuseni Ab Wahab

Monday, September 14, 2009

HANYA KERAK NASIK UNTUK IBU

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu , "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati. "oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .... Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'. ' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku...bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.. YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN

Friday, September 11, 2009

Maklumat Penting !!!!!

Salam semua pelajar CSC 1012, kelas hari Isnin (14 hb sept 2009) adalah seperti biasa, mereka yang tidak hadir akan ditolak markah kedatangan , untuk toturial kelas pada minggu depan (14-18 hb Sept ) adalah dibatalkan disebab ramai student tak sabar nak balik kampung berhari raya , walau bagaimana saya ada tugasan yang perlu student kena laksana ialah menghantar proposal assignment sebanyak 1 -2 helai pada minggu depan , masa berbincang minggu lepas telah diberi kepada semua student untuk berberbincang dalam kumpulan , hasil perbincang tersebut minta semua pelajar buat proposal dan hantar minggu sebelum balik raya, Markah akan di ambil setiap proposal tersebut ., mereka yang dah balik kampung dan tiada disini boleh juga menghantar melalui email saya , sekira ada masalah boleh menghubungi saya atau berjumpa dengan saya segera.
Yang benar,

Yuseni Hj Wahab

Wednesday, September 2, 2009

Assignment Berkumpulan - Student CSC 1012

Asalamualaikum kepada semua student CSC 1012 , Ini adalah assignment berkumpulan yang akan bermula rasminya pada tarikh 7hb Sept 2009 dan menghantar (submit) pada 5hb Oktober 2009 , Setiap kumpulan mestilah menpunyai ahli kumpulan tidak lebih 4 org , markah akan diberi pada setiap kumpulan tersebut sekira dapat melaksanakan tugasan assignment dan pembentangan dengan baik ., Selepas menghantar (submit) assignment maka setiap kumpulan akan melaksanakan pembentangkan tugasan kumpulan masing2 di auditrium pada masa kelas hari Isnin, Markah assignment kumpulan ini adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan assignment sebelum ini .
Tajuk assignment adalah "Setiap kumpulan mestilah mencari teknologi paling baru dan terkini yang ada pada zaman ini seperti contoh Kereta dua alam yang telah wujud pada masa ini , Gitar gital tanpa wayar dan sebagainya, Pelajar mesti mencari teknologi terbaru dan terkini ini dan membuat kajian pada teknologi tersebut, Mereka yang gagal mencari teknologi terkini atau mengambil teknologi lama maka assignment tersebut akan ditolak atau tiada markah "
Sekiranya ada masalah tentang assignment ini boleh berjumpa saya untuk keterangan yang lebih lanjut dan jelas, student boleh mendapat pelbagai maklumat pada sistem teknologi terbaru ini di perpustakaan dan internet .. Selamat menjalankan tugas assignment ini penuh semangat berkumpulan semoga hasilnya baik dan berkualiti
" Selamat Berpuasa "
Dari :
Yuseni Hj Ab Wahab

Friday, July 31, 2009

Peluang Pekerjaan - (Urgent)

Salam Kepada semua pengunjung blog ini, terdapat 2 kekosongan jawatan untuk Amero Holding Insitute di Masjid Tanah , Memerlukan 2 tenaga pengajar untuk mengajar Aplikasi komputer dan Teknikal Komputer, Pada mereka berminat yang mempunyai sekurang diploma dan mempunyai pengetahuan Komputer boleh menghubungi saya atau terus ke pejabat syarikat tersebut. Harap Maklum

Saturday, July 18, 2009

Welcome to all student CSC 1012

Assalamualikum, Saya nak mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar CSC 1012 di Akademi Pengajian Islam (API) , saya mengharap kerjasama kepada semua pelajar supaya menerima arahan dengan baik terutama pada asignment dan pembelajaran kerana masa saya terlalu sibuk di KUIM dengan mesyuarat IT , mesyuarat KUIM , Mesyuarat Konvokesyen dan pelbagai lagi.
Kalau ada sebarang masalah, sila buat temu janji dengan saya sms, email atau telefon sebab kadang -kadang saya terpaksa susun masa terbaik untuk berjumpa dengan pelajar , harapan saya juga kepada Monitar Kelas supaya dapat membantu saya terutama pada urusan kelas contohnya seperti tempahan makmal , LCD projektor, Laptop dan sebagainya

Dengan ini saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua student CSC pada Julai 2009

sekian , terima kasih

Friday, May 29, 2009

Peluang Pekerjaan dan Potensi Perniagaan Masa Depan

Assalamualaikum,

Kepada semua ex-student kolej yang masih lagi tidak berkerja, yang memiliki diploma atau ijazah boleh menghubungi saya kadar segera kerana terdapat peluang yang disediakan untuk bumiputra terutama islam, Satu badan kerajaan iaitu Uitm bersama Jabatan Perdana Menteri dan beberapa kementerian telah mewujudkan satu program Tunas Mekar, yang mana mereka yang menganggur tapi miliki diploma dan keatas dibayar RM800.00 sebulan selama setahun dan selepas setahun diberikan peruntukan atau pinjaman untuk menjalankan perniagaan
Untuk maklumat, selama setahun bekas graduan ini akan ditempatkan ke syarikat-syarikat perniagaan besar disekitar bandar yang mereka tinggal , Tujuan mereka adalah mempelajari tentang perniagaan dan belajar selok belok perniagaan selepas setahun bekas graduan ini akan diberi modal untuk menjalankan perniagaan tersebut .
segala maklumat boleh dijelaskan secara detail sekira berminat.